BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 27, 2009

Raya...











Rasa xpuas lagi sebenarnya dok kat kg aku kat johor...memang best berkumpul dengan adik beradik aku memang hapenning gila la...tapi dalam xsedar ada gak yang kecik-kecik hati pasal makan la...dah memang patut pun ko nak terasa tak pernah pun ko nak balik bawa apa-apa...biasala siapa makan cili dia yang rasa pedas....hahaha...ko sedarlah diri sikit..sejak ko kawin sampai anak dah bersepah-sepah apa sumbangan ko pada keluarga ko dan pada bak dan mak??makin adik beradik mak dan bak tolong ko adalah...semua orang tolong ko tapi ko xsedar diri...so memang patut pun ko terasa...lepas ni aku nak cadangkan kalau raya atau event apa-apa...ko takyah joint ar....dok je tanam pisang bagi besar...bagi bini dan anak-anak ko je joint..balik rengit je sibuk nak tanam pisang,nak tanam tu la ni la...nanti jangan sampai last-last nanti aku lak tanam ko...apa yang aku bebel nih....lupa lak aku kan JIN BARA...hahaha...

Rasa macam nak pindah dok johor je...huhuuhuhu......apapun lihatlah koleksi gambo-gambo aku yang macho ni...SELAMAT HARI RAYA....

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri...

Rasanya macam baru semalam kita bersama menunaikan dan menjalani ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini...Hari ini dah 26 Ramadhan dan Insyaallah tahun ini kita berpuasa selama 29 hari..tinggal kira-kira 3 hari lagi kita akan menyabut hari kemenangan kita setelah berjaya mengharungi dugaan dalam bulan ramadhan yang mulia...

Dalam kita mengejar Syawal jangan dilupa amalan-amalan yang boleh dibuat pada malam-malam terakhir ramadhan...juga janganlah kita terlalu membazir hanya untuk kelihatan hebat pada syawal nanti...cukuplah dengan hanya kesederhanaan...seharusnya kita perlu insafi diri kita kerana kita bertuah mempunyai segala kelebihan berbanding mereka yang kurang upaya...masih ramai lagi golongan yang tidak mampu sepertimana kita...

Esok (Khamis) 17 september 2009...sudah pasti jalanraya diseluruh negara akan dibanjiri dengan perarakkan besar-besaran para perantau yang akan kembali semula ke kampung halaman setelah bertahun-tahun mencari rezeki dirantauan...suasana ini cukup meriah kerana inilah sebenarnya klimaks perayaan lebih-lebih lagi menyambut kedatangan bulan mulia bulan yang ditunggu-tunggu..bulan Syawal..walau dengan cara apa sekalipun perjalanan kita untuk pulang ke kampung halaman...tujuannya semua sama untuk berjumpa..untuk memohon ampun dan maaf dari kedua orang tua kita,adik-beradik,sedara-mara..dan juga semua manusia dimuka bumi ini....

Bulan syawal adalah bulan untuk bermaaf-maafan...segala sengketa segala permasalahan sepatutnya dilupakan. terdapat beberapa hadis dan juga ayat al-quran ada menyebut

>"maka tidak diterima amalan mereka-mereka yang membuat amalan kepada ku sedangkan pada masa yang sama mereka memutuskan talian silaturrahim antara mereka" renungkanlah ayat tersebut....jadi tepuk dada tanyalah iman.

Jadi marilah kita semua menginsafi atas apa yang berlaku didunia ini...kepada mereka yang pulang ke kampung pandulah kereta dengan berhati-hati...jika ternampak Gen2 KBV6102 bagilah laluan kerana kereta tu memang laju...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, September 7, 2009

Al Fatehah...

Al Fatehah kepada tok kepada isteri aku yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ahad 6 september 2009 bersamaan 16 ramdhan 1430 hijrah kira-kira jam 11 malam...aku terima panggilan telefon dari adik ipar aku pada jam 11.35 malam dan waktu tu aku berada diluar rumah...selepas mendapat panggilan tersebut aku bergegas balik ke rumah dan bersiap...seterusnya aku bertolak kerumah arwah tok di kota sarang semut...aku baca surah yassin dan selepas itu aku berbual-bual seketika dan dalam jam 2.40 aku pulang semula kerumah...insyallah dalam pukul 12 tengahari jenazah tok akan disemadikan...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang soleh...

Sebenarnya aku baru sekali berjumpa dengan arwah tok selepas aku berkahwin...jadi aku tidak berapa mengenali beliau...dan tak sangka dia akan kembali dengan cepat tapi walau apapun beliau telah kembali ke rahmatullah dalam bulan ramadhan yang berkat ini...sekali lagi al-fatehah untuk beliau..