BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 18, 2009

Salam Hijrah 1431 Masih

Salam hijrah dari aku dan keluarga dari Ipoh kerana hari ini sehingga ahad aku ada urusan keluarga di Ipoh Perak...semoga hijrah tahun ini aku akan dapat mengubah hidup aku dan isteri aku dan mudah-mudahan dia akan dapat kerja yang tetap untuk menjamin kesejahteraan hidup kami nanti...insyallah...

Wednesday, December 9, 2009

Happy Birthday To Me n my wife...

Emh kejap je masa berlalu..seingat aku baru je birthday aku yg lepas aku prepare nak tunang and sekarang nih aku dah pun kawin tunggu plak skrg nih wife aku tgh pregnant...secara kebetulan birthday aku dan wife hampir sama je...aku 9 Disember dia 12 Disember...
Apapun rasa makin tua diri aku...skrg rasa kerja makin banyak...tambahan pula aku dah dekat 3 bulan dok kat bahagian pengurusan...rasa memang best tp tanggungjawab besar dan kerja pun banyak...
cuma satu je harapan aku semoga wife aku dapat keje yg tetap...mudah-mudahan ada rezeki untuk aku,wife dan bakal anak aku nanti...

Monday, November 2, 2009

Alhamdulillah...

Aku bersyukur sangat-sangat bila aku dan wife pergi pemeriksaan kesihatannya untuk kali kedua...alhamdulillah kandungannya dah masuk 6 minggu..insyallah jika tiada apa-apa wife aku akan due pada 23 jun 2010...emh...yang paling aku suka sangat kerana wife aku tiada lagi ketumbuhan air dalam perutnya...doktor mengesahkan itu hanyalah hormon yang akan hilang...emh yang pasti aku amat teruja dan tak sabar menantikan cahaya mata aku....macam tak percaya aku akan menjadi seorang ayah..macam mimpi pun ada...aku berdoa agar isteri aku dan kandungannya selamat....dan sihat...dan aku berdoa agar isteri aku mendapat tempat untuk kerja yang lebih tetap...

Monday, October 12, 2009

Pity...

Hari ini adik aimi dan aziem masuk hospital..dia orang dua beradik memang selalu masuk hospital...tapi yang paling aku terkejut bila wife aku pegi check kat hospital dan dr mengesahkan dia pregnant(tau dah) yang paling terkejut sebab doktor cakap dia ada ketumbuhan air...aku risau sangat takut ada kesan dekat baby dan juga pada wife aku..takut sangat...oh my god...inikah dugaan atau ujian untuk aku???aku cuma berharap agar wife aku takde apa-apa dan selamat serta kandungan nya selamat...tak sabar sebenarnya aku nak jadi seorang ayah...rasa berdebar...dan aku pun tak tau apa yang sepatutnya aku buat...tak pernah aku alami benda macam nih....hopefully semuanya selamat dan wife aku tak mengidam yang bukan-bukan...harap semuanya berjalan lancar....

Tapi yang pastinya aku tak sabar nak menjadi seorang ayah........

Thursday, October 8, 2009

Ntahla...

aku tak tau la apa nasib wife aku lepas hbs kontrak hujung bulan 12 nih...sama ada dia dapat sambung atau tidak...harap2 dapat sambungla..atau dapat keje yang tetap...dengan ekonomi yang tak menentu dengan cuaca pun tak berapa elok...aku harap semuanya ok...aku risau gak...tidak...inilah dugaan hidup aku...tak semua yang kita impikan boleh dapat sekelip mata...mudah-mudahan ada sinar dan rezeki untuk wife aku...

Sunday, September 27, 2009

Raya...











Rasa xpuas lagi sebenarnya dok kat kg aku kat johor...memang best berkumpul dengan adik beradik aku memang hapenning gila la...tapi dalam xsedar ada gak yang kecik-kecik hati pasal makan la...dah memang patut pun ko nak terasa tak pernah pun ko nak balik bawa apa-apa...biasala siapa makan cili dia yang rasa pedas....hahaha...ko sedarlah diri sikit..sejak ko kawin sampai anak dah bersepah-sepah apa sumbangan ko pada keluarga ko dan pada bak dan mak??makin adik beradik mak dan bak tolong ko adalah...semua orang tolong ko tapi ko xsedar diri...so memang patut pun ko terasa...lepas ni aku nak cadangkan kalau raya atau event apa-apa...ko takyah joint ar....dok je tanam pisang bagi besar...bagi bini dan anak-anak ko je joint..balik rengit je sibuk nak tanam pisang,nak tanam tu la ni la...nanti jangan sampai last-last nanti aku lak tanam ko...apa yang aku bebel nih....lupa lak aku kan JIN BARA...hahaha...

Rasa macam nak pindah dok johor je...huhuuhuhu......apapun lihatlah koleksi gambo-gambo aku yang macho ni...SELAMAT HARI RAYA....

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri...

Rasanya macam baru semalam kita bersama menunaikan dan menjalani ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini...Hari ini dah 26 Ramadhan dan Insyaallah tahun ini kita berpuasa selama 29 hari..tinggal kira-kira 3 hari lagi kita akan menyabut hari kemenangan kita setelah berjaya mengharungi dugaan dalam bulan ramadhan yang mulia...

Dalam kita mengejar Syawal jangan dilupa amalan-amalan yang boleh dibuat pada malam-malam terakhir ramadhan...juga janganlah kita terlalu membazir hanya untuk kelihatan hebat pada syawal nanti...cukuplah dengan hanya kesederhanaan...seharusnya kita perlu insafi diri kita kerana kita bertuah mempunyai segala kelebihan berbanding mereka yang kurang upaya...masih ramai lagi golongan yang tidak mampu sepertimana kita...

Esok (Khamis) 17 september 2009...sudah pasti jalanraya diseluruh negara akan dibanjiri dengan perarakkan besar-besaran para perantau yang akan kembali semula ke kampung halaman setelah bertahun-tahun mencari rezeki dirantauan...suasana ini cukup meriah kerana inilah sebenarnya klimaks perayaan lebih-lebih lagi menyambut kedatangan bulan mulia bulan yang ditunggu-tunggu..bulan Syawal..walau dengan cara apa sekalipun perjalanan kita untuk pulang ke kampung halaman...tujuannya semua sama untuk berjumpa..untuk memohon ampun dan maaf dari kedua orang tua kita,adik-beradik,sedara-mara..dan juga semua manusia dimuka bumi ini....

Bulan syawal adalah bulan untuk bermaaf-maafan...segala sengketa segala permasalahan sepatutnya dilupakan. terdapat beberapa hadis dan juga ayat al-quran ada menyebut

>"maka tidak diterima amalan mereka-mereka yang membuat amalan kepada ku sedangkan pada masa yang sama mereka memutuskan talian silaturrahim antara mereka" renungkanlah ayat tersebut....jadi tepuk dada tanyalah iman.

Jadi marilah kita semua menginsafi atas apa yang berlaku didunia ini...kepada mereka yang pulang ke kampung pandulah kereta dengan berhati-hati...jika ternampak Gen2 KBV6102 bagilah laluan kerana kereta tu memang laju...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, September 7, 2009

Al Fatehah...

Al Fatehah kepada tok kepada isteri aku yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ahad 6 september 2009 bersamaan 16 ramdhan 1430 hijrah kira-kira jam 11 malam...aku terima panggilan telefon dari adik ipar aku pada jam 11.35 malam dan waktu tu aku berada diluar rumah...selepas mendapat panggilan tersebut aku bergegas balik ke rumah dan bersiap...seterusnya aku bertolak kerumah arwah tok di kota sarang semut...aku baca surah yassin dan selepas itu aku berbual-bual seketika dan dalam jam 2.40 aku pulang semula kerumah...insyallah dalam pukul 12 tengahari jenazah tok akan disemadikan...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang soleh...

Sebenarnya aku baru sekali berjumpa dengan arwah tok selepas aku berkahwin...jadi aku tidak berapa mengenali beliau...dan tak sangka dia akan kembali dengan cepat tapi walau apapun beliau telah kembali ke rahmatullah dalam bulan ramadhan yang berkat ini...sekali lagi al-fatehah untuk beliau..

Wednesday, August 26, 2009

Harga Kuih...

Sila la order kuih dengan saya harga kita boleh runding....semua kuih dibuat dengan butter dan minyak sapi QBB gerenti sedap punya...setakat nih tempahan agak menggalakkan jadi orderlah sekarang...

JENIS KUIH

BILANGAN

SNOW DELIGHT

49

CRISRY CHOCOLATE

64

TART ROLL

64

SAMPRIT

48

ALMOND LONDON

50

ALAMANDA BAR

40

CORNFLAKE CRUNCHY

49

MAKMUR

45

Jualan Kuih Raya...

Alhamdulillah baru berapa hari je aku letak kuih kat ofis, aku dah berjaya menjual sebanyak 66 telap kuih huhuhu banyak tu..aku pun tak sangka sambutan yang amat hebat...kata la satu telap RM18 maknanya 18 x 66 = RM1168 huhu banyak dan kata ar aku untung ...... satu telap ini bermakna aku untung banyak gak tu tanpa kuar modal pun hehehe...boleh ar aku tukar honda civic lepas nih masa raya nanti...

Yahuu aku kaya....best-best sapa-sapa nak order kuih raya bolehlah contact aku atau sesiapa yang dok kat area johor pegi kat kilang akak ipar aku...beli terus

Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramdhan

Selamat berpuasa kepada semua umat islam yang berpuasa..kedatangan bulan ini amat dinantikan kerana ia bulan yang penuh berkat...dan dalam ia ada pelbagai kenikmatan untuk akhirat nanti...
tapi benda yang paling penting adalah berbuka puasa dengan keluarga beramai-ramai..ia adalah perkara yang paling seronok...

Ditambah lagi dengan tahun ini ada orang baru dalam hidup aku menemani aku seronoknya..ada isteri hehehe...tapi apa pun yang paling seronok adalah bila kita pulang kekampung menziariahi kedua orang tua kita....itu adalah benda yang paling seoronok dan aku rasa macam perjalanan dari jitra ke rengit dah macam rengit pegi bp tak pun jauh sikit pegi kl je...tp apapun aku puas kerana selagi hayat orang tua aku ada selagi itulah aku akan cuba untuk balik walau aku terpaksa bersusah sikit tapi untuk mengembirakan hati mak dan bak...

Selamat Berpuasa Kepada Semua...

Monday, July 27, 2009

Peristiwa mengejutkan..

Pagi-pagi bini aku kejutkan aku pukul 4.30 pagi sebab dia dengar macam ada orang nak masuk rumah huhuhu muka dia nampak terkejut dan pucat...aku pun apalagi terus terkejut tak boleh tido huhu memang aku rasa rumah aku tu macam ada problem memang rasa lain sikit...arghhh...

nak kena pindah lagi ke....huhuhuhuhu..penat..penat.......nak kena pindah.....

Sunday, July 26, 2009

Holy Grail Party

Percutian tak dirancang

Semalam masa hari jumaat selepas solat jumaat aku online internet layan2 sembang dengan anak sedara aku amer aziem...pas tu dalam pukul 5 lebih bini aku bangun dan solat asar...lepas tu dia cakap boring ar tak tau nak buat apa dan aku pun bosan gak...tetiba terlintas dalam kepala apakata kita pegi jalan2 kat penang that means tido kat hotel...

Fikir punya fikir nak pegi penang ke bukit merah time tu juga aku explore kat website tgk bukit merah pya website...ada perkampungan air..macam best je..huhuhu...tapi macam mahal coz utk satu malam studio suite rm500 huhuhu...lepas bincang dgn wife aku dia setuju...aku gak la yang bayar tapi wife aku yang aku support pas tu hehehe...

Akhirnya dalam lps magrib trs bertolak ke bukit merah dan sampai dalam pukul 9.30 malam lebih kurang sejam setengah je perjalanan...sampai kat sana memang best lepas cek in kami dibawa menaiki buggy car menuju ke perkampungan air ...memang cantik pemandangan tp dah gelap so kami dok lepak dalam bilik yang nampak mewah best gak rasa...hilang tension kat kepala...

Hari sabtu lepas bangun tido aku dgn wife pgi breakfast kami adalah orang yang terawal breakfast...dan selepas itu aku nampak yang banyak tido kat perkampungan air tu tourist je...orang luar kira aku lah orang melayu je yang dok menginap kat situ....wife aku ajak pegi pulau orang utan sebab nak jumpa sedara mara dia yang lama terpisah...lepas tu kami pegi kat eco park tgk haiwan dan juga ada pertunjukkan haiwan..memang syok sangat...tgk kejinakkan haiwan tersebut...selepas tu naik sky cycle memang penat aku mengayuh guna tangan...best...

gambo-gambo nanti aku upload lupa nak edit...ok...bye...

Sunday, June 21, 2009

Part One...

Tanggal 31 Mei 2009 adalah tarikh yang amat penting dalam sejarah hidup aku dan juga keluarga.Pada tarikh itu juga aku telah mencatat sejarah menamatkan zaman bujang aku setelah hampir 27 tahun aku bergerak secara solo dan juga berseorangan...tarikh tersebut juga telah membuatkan ramai gadis-gadis di luar sana menjadi meracau dan histeria bila mendapat tau aku akan bernikah dan berkahwin dengan gadis pilihan aku...(dah sampai jodoh)semua nih atas kehendak Illahi gak...semua dalam tangan dia..bila dia nak maka jadilah ia...

Generasi ketiga keluarga Haji Arifin & Hajjah Sulaimah

Pada hari tersebut aku agak gementar gak bila mengenangkan dalam jam 10 pagi aku akan akad nikah...almaklumlah tak pernah lak aku bernikah dan juga xde plak preparation untuk nikah...aku sibuk sebelum nih kerana baru pindah rumah baru...sekarang aku duduk dikawasan perumahan elit terletak dikawasan yang terpaksa dirahsiakan...rumah tu rumah berkembar setingkat...panas ooo kalau tak hujan...

Hantaran...

Maka dipendekkan cerita...aku pun bersiap kira-kira jam 8.30 - 9.20 pagi untuk upacara pernikahan...tapi entah kenapa pagi tu aku rasa sangat confident dan agak cool...cuma aku tak tunjukkan sebab aku takut masa yang sebenarnya nanti aku jadi gugup..maka pagi tu aku banyak mendiamkan diri aku dari banyak bercakap dan bergurau dengan family aku...


Perjalanan Menuju ke Masjid

Selepas selesai persiapan dirumah dan acara bergambar selesai maka kami pun bergerak ke masjid untuk acara pernikahan aku...masa tu aku rasa gak kegementaran...tapi buat-buat cool je dah lah pagi tu aku muntah sebab tekak rasa gatal dan juga batuk yang agak teruk...

Gaya seorang macho...cool je..

Lebih kurang 9.50 aku sampai di masjid dan keadaan dimasjid sangat lenggang seolah-olah tiada apa yang berlaku...aku pun terus menghisap rokok untuk yang kesekian kalinya dan terus ambil wudu'....aku terus menunaikan solat tahyatul masjid dan duduk berdoa kepada Allah agar urusan pernikahan aku berjalan dengan lancar...lebih kurang pukul 10 lebih sikit barulah pak imam yang nak nikah kan aku daatang...rileks...control gelabah...pak imam pun terus memulakan upacara pernikahan dengan dimulai dengan khutbah nikah dan bertanyakan aku tentang soalan-soalan yang lazim ditanya...alhamdulillah aku berjaya menjawab cuma suara aku macam tersekat dikerongkong...perlahan sangat...dan tiba-tiba pak imam terus menghulurkan tangannya dan saksi tolong pegangkan mikrofon untuk aku...dan pak imam pun berkata:

Pak Imam :Khairul Anwar Bin Arifin,

Aku : Yea saya....

Pak Imam: Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau Shahriah Binti Mohamed Saleh yang
telah berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya RM912.00 (Sembilan Ratus Dua
Belas Ringgit Malaysia sahaja) tunai....

Aku : Aku terima nikahnya Shahriah Binti Mohamed Saleh dengan mas kahwinnya RM
912.00 (Sembilan Ratus Dua Belas Ringgit Malaysia) tunai.

Hanya Sekali Lafaz... Dah macam MAWI...

Alhamdulillah hanya dengan SEKALI LAFAZ sahaja aku telah sah menjadi suami kepada seorang perempuan...macam tak percaya lak...tapi kira aku teror ar...ada orang sampai 4 KALi kena angkat nikah...ntah ek sapa tu...hahahaha...after nikah ada la sikit acara batalkan air sembahyang dan juga acara bergambar....






29 - 30 Mei 2009

Dah banyak kali aku nak cerita tentang perkahwinan aku...baru sekarang aku dapat tulis...this week rileks sket sebab student ILP cuti dan xla banyak keje sangat...emh ok...yang penting semua dah selesai...semuanya bermula bila aku mengambil mak dan bak pada 29 mei 2009 di lapangan terbang antarabangsa bayan lepas pulau pinang turut serta anak sedara aku merangkap bodyguard mak dan bak...dari airport kami terus menuju kerumah bakal isteri aku untuk orang tua aku membincangkan perkara-perkara terakhir sebelum majlis sebenar berlangsung...lebih kurang 1 pagi kami bertolak balik ke rumah aku dan tido...


Suasana dalam bas perjalanan dari rengit...


Esok paginya kami menunggu rombongan yang datang dari rengit untuk sama-sama melancong ke padang besar...biasala diaorang nak sampai sini susah dan alang-alang sampai baik membeli-belah jap kat padang besar....dalam pukul 3 petang rombongan singgah dirumah aku untuk berehat dan tido....Suasana Di Padang Besar Perlis


dalam pukul 8 malam kami pun bertolak ke rumah bakal bini aku (skrg bini) untuk makan malam yang disediakan oleh keluarga mereka...

Selepas itu kami pun pergi ke rumah tumpangan yang telah ditaja oleh keluarga mertua aku...hehehe besar rumah nih...malam tu aku pun rilek2...dan prepare untuk nikah esoknya...


Happy Father's day...

Sumber Inspirasiku...

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di Malaysia dan juga kepada my great father...bapak aku adalah seorang bapa yang terhebat dan banyak mengajar aku erti kehidupan....i love u bak n mak...

Thursday, June 18, 2009

Sedih...

Isteri aku tak boleh terima dia tak berjaya dapat DPLI huhuu aku pun sedih gak sebab masa temuduga tu macam harapan besar sangat....tapi mungkin juga ALLAH nak uji kami dan juga belum rezeki dia lagi untuk menjadi seorang guru lagi...ntahlah...aku pun tak tau...kesian isteri aku...dia amat sangat dapat kursus tu now ni dia hanya seorang guru sandaran tak terlatih (gstt) yang bila-bila masa boleh diberhentikan kerja...

aku pun tak tau nak tolong macamana lagi...dah habis ikhtiar aku untuk dia...mungkin ada sinar lain yang boleh aku tolong isteri aku...memang sukar zaman sekarang ini untuk dapatkan kerja...tapi aku yakin rezeki tu ada...Allah maha pemurah lagi pengasih....setiap hambanya ada rezeki dan bahagian masing2....semoga isteri aku tabah dan kuat menghadapi saat-saat mencabar ini....

Wednesday, June 17, 2009

Penat..

hai....

penat betul baru siap tanda kertas exam student...tulisan student macam haram...aku rasa dulu dorang tak sekolah tadika kot...tak belajar menulis dengan betul...penat ooo jadi kerja mendidik anak-anak masa kini didik machine dengan komputer best sebab tak reti melawan tapi didik anak bangsa sekarang semua nya pandai melawan...

Kadang-kadang terfikir gak aku nak kerja lain tapi bukan mengajar...tapi mungkin dah background family aku orang pendidik...huhuhu.....aku ada gak nak cerita tentang majlis kahwin aku...tapi macam tak sempat lagila nak buat cite tu...aku penat...malam nih lak aku bertugas plak...aku juga sorang warden..huhuhu....biasalah jadi warden penat jaga masalah dan kebajikan student....walaupun diri sendiri pun tak terjaga...nasib baik ar...aku ada seorang isteri yang baik dan juga pandai menjaga aku...best tau.....memang jodoh aku dengan isteri aku nih...walaupun ada kawan aku yang anggap aku dan suka tikam belakang....ntahlah...

aku rasa mamat tu yang ada mental problem kot....dia memang tak boleh kalah dengan orang lain...dia tak boleh orang lain lebih dari dia...aku peduli apa dengan ko...bukannya ko yang bagi aku makan...aku tak mati lah setakat takde kawan macam ko...aku lebih aman...kalu ko bagus sangat kenapa ko tak kawin je dengan awek yang ko kwn lama sangat tu....ko tu yang bacul...tak de pendirian anak mak la katakan....

apa lak yang aku melalut nih...huhuhu lain aku nak cite lain lak jadi ....sebenarnya aku nak jual handpne aku nokia n79 kat anak sedara aku....mcm dah boring lak ada handpne nih...lagi2la dah ada bini nih...dan aku pun dah ada broadband...huhuhu.....lagipun skrg nih masa mlm kat rumah pun mcm pendek je....knp ek...

Tuesday, June 16, 2009

Broadband...

Yahuu...akhirnya aku dapat gak beli broadband hehehe...dah lama aku mengidam nak pakai broadband nih...akhirnya dapat gak maxis...okla laju gak....

Family Aku



Aku adalah anak ke 9 dari 9 orang adik beradik..aku rasa best sangat ada keluarga macam keluarga aku..kitaorang close sangat terutama mak dan bak yang concern sangat terhadap anak, cucu dan juga menantu...kalau kitaorang berkumpul memang hapening sangat dengan anak sedara yang ramai lebih kurang 17 orang..last gathering family aku adalah di pd dan melaka..best woo...rasa semakin erat hubungan keluarga bagi mereka yang bekerja...tapi bagi orang yang tak bekerja dan kerja tak tetap asyik2 nak kecik hati je..huhuhuhu..

Monday, June 15, 2009

Aku...



Tanggal 1 Mac 2005 aku mula berkhidmat di Institut Latihan Perindustrian Jitra Kedah Darul Aman. Aku bermula sebagai Pegawai Sambilan yang mana aku dibayar gaji mengikut hari aku bekerja.Tak lama lepas tu dalam bulan april aku dapat temuduga jawatan yang sama untuk jawatan tetap dan berpencen.Alhamdulillah berkat usaha dan doa aku serta diiringi doa mak dan bak aku berjaya gak menjawat jawatan sekarang walaupun saingan semasa temuduga agak ramai. Mulai 16 Jun 2005 taraf jawatan aku berubah dari sebagai pegawai yang bertaraf sambilan aku menjadi pegawai bertaraf tetap dan berpencen. Kini dah hampir 5 tahun aku menetap dan berkhidmat di ILP Jitra ini dan banyak pengalaman suka duka dan pelbagai peristiwa pahit manis di sini. aku juga pernah putus cinta semasa aku memula berjawatan tetap memang perit dan rasa terhina sangat2 tapi aku anggap sebagai pengalaman yang mendewasakan aku...

emh..

Hari ini baru 1st time nak masuk bolg..banyak benda nak share nih
tapi kena setting dulu baru boleh....ok..nanti kita jumpa lagi