BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 12, 2010

Akhirnya...

Akhirnya setelah aku membuat pelbagai kajian aku bercadang membuat sedikit bisnes kecil-kecilan melalui internet...kerana selain untuk menambahkan pendapatan aku rasa aku perlu berhijrah ke arah sesuatu yang baru untuk keluarga aku...dan aku skrg memerlukan ini.....





dan ini,,,...




Tuesday, January 19, 2010

Kenangan dan semalam...

Apa punya tajuk nih huhuhu....tapi walau apa pun aku ingin melupakan kisah2 semalam yang menghantui hidup aku...aku akan buangkan semua kenangan yang ada dalam diri aku...buat apa aku nak ingatkan kisah-kisah lama sedangkan diri aku juga yang dipersalahkan...walau apa pun diri aku juga yang salah...jadi aku ambil keputusan untuk tidak mahu ingat kembali apa-apa yang dulu...

Cukuplah,...buka buku baru...aku tidak mahu ada kaitan lagi...memang dalam sehari dua nih aku rasa cukup gelisah...cukup sedih...tak tau kenapa...aku mahu berubah menjadi yang lebih baik untuk masa depan aku dan keluarga aku...semoga aku akan lebih dirahmati dan lebih berjaya...betul juga kenapa aku ingin mencari masalah sedangkan permata ada depan mata aku...dan buat apa aku masih ingin mencari kaca yang hanya bersinar bila disuluh...cukuplah apa yang telah aku alami selama ini...bila ia terjadi semuanya menunding jari ke arah aku....

Aku harap aku berjaya....berjaya membimbing isteri aku,...berjaya membimbing family aku...aku ingin berjaya dan mencapai impian dalam hidup aku.....




Semoga Allah merahmati aku....aminnnnn....

Monday, January 18, 2010

Kehidupan...

dah lama rasanya aku nak tulis dalam blog ini...banyak sebenarnya aku nak cerita tapi masalahnya tak berapa ada masa tambahan pulak aku malas nak fikir-fikir nak tulis apa..aku lebih suka membaca blog orang lain...hehehe...

tp yang paling aku teruja adalah menunggu bulan jun nih...hopefully everything ok dan baby dalam kandungan wife aku sihat dan selamat...aku tak kisah lelaki atau perempuan...apa yang aku harapkan adalah bakal anak aku selamat dan sihat...

pejam celik pejam celik dah tahun 2010...rasa masa berjalan dengan laju....apa yang berlaku sepanjang tahun 2009 banyak meninggalkan kenangan...emh..

apa pun hidup mesti diteruskan...tak lama lagi aku akan jadi ayah....rasa teruja sangat2...