BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri...

Rasanya macam baru semalam kita bersama menunaikan dan menjalani ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini...Hari ini dah 26 Ramadhan dan Insyaallah tahun ini kita berpuasa selama 29 hari..tinggal kira-kira 3 hari lagi kita akan menyabut hari kemenangan kita setelah berjaya mengharungi dugaan dalam bulan ramadhan yang mulia...

Dalam kita mengejar Syawal jangan dilupa amalan-amalan yang boleh dibuat pada malam-malam terakhir ramadhan...juga janganlah kita terlalu membazir hanya untuk kelihatan hebat pada syawal nanti...cukuplah dengan hanya kesederhanaan...seharusnya kita perlu insafi diri kita kerana kita bertuah mempunyai segala kelebihan berbanding mereka yang kurang upaya...masih ramai lagi golongan yang tidak mampu sepertimana kita...

Esok (Khamis) 17 september 2009...sudah pasti jalanraya diseluruh negara akan dibanjiri dengan perarakkan besar-besaran para perantau yang akan kembali semula ke kampung halaman setelah bertahun-tahun mencari rezeki dirantauan...suasana ini cukup meriah kerana inilah sebenarnya klimaks perayaan lebih-lebih lagi menyambut kedatangan bulan mulia bulan yang ditunggu-tunggu..bulan Syawal..walau dengan cara apa sekalipun perjalanan kita untuk pulang ke kampung halaman...tujuannya semua sama untuk berjumpa..untuk memohon ampun dan maaf dari kedua orang tua kita,adik-beradik,sedara-mara..dan juga semua manusia dimuka bumi ini....

Bulan syawal adalah bulan untuk bermaaf-maafan...segala sengketa segala permasalahan sepatutnya dilupakan. terdapat beberapa hadis dan juga ayat al-quran ada menyebut

>"maka tidak diterima amalan mereka-mereka yang membuat amalan kepada ku sedangkan pada masa yang sama mereka memutuskan talian silaturrahim antara mereka" renungkanlah ayat tersebut....jadi tepuk dada tanyalah iman.

Jadi marilah kita semua menginsafi atas apa yang berlaku didunia ini...kepada mereka yang pulang ke kampung pandulah kereta dengan berhati-hati...jika ternampak Gen2 KBV6102 bagilah laluan kerana kereta tu memang laju...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN

0 comments: