BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 15, 2009

Aku...



Tanggal 1 Mac 2005 aku mula berkhidmat di Institut Latihan Perindustrian Jitra Kedah Darul Aman. Aku bermula sebagai Pegawai Sambilan yang mana aku dibayar gaji mengikut hari aku bekerja.Tak lama lepas tu dalam bulan april aku dapat temuduga jawatan yang sama untuk jawatan tetap dan berpencen.Alhamdulillah berkat usaha dan doa aku serta diiringi doa mak dan bak aku berjaya gak menjawat jawatan sekarang walaupun saingan semasa temuduga agak ramai. Mulai 16 Jun 2005 taraf jawatan aku berubah dari sebagai pegawai yang bertaraf sambilan aku menjadi pegawai bertaraf tetap dan berpencen. Kini dah hampir 5 tahun aku menetap dan berkhidmat di ILP Jitra ini dan banyak pengalaman suka duka dan pelbagai peristiwa pahit manis di sini. aku juga pernah putus cinta semasa aku memula berjawatan tetap memang perit dan rasa terhina sangat2 tapi aku anggap sebagai pengalaman yang mendewasakan aku...

0 comments: